Welcome to my blog... Please enjoy here!!!! & Leave your suggest to me, contact me.

zkm

zkm

Raya Ride Ke Kuala Pilah

Segalanya bermula ketika Konvoi Z800 ke Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Kawasaki Malaysia di mana di situlah kami buat pertama kalinya bertemu dan seterusnya bersahabat. Rizan, Pok Li, Salam, Zull, Hafiz. Madi dan Nazri terus bersahabat dan menubuhkan ZKM secara underground.


Beberapa hari selepas konvoi kami berehat sempena hadirnya Ramadan.. cuti..

Tetapi perancangan untuk ride yang seterusnya memang tak pernah pudar dalam minda kami..

Akhirnya, dua minggu selepas Aidil Fitri kami berjaya ride bersama ke rumah Pok Li di Kuala Pilah.. tak ramai, tapi cukuplah untuk melepaskan 'gian' ..

Kabanyakan kami memang masih dalam kategori 'Newbie' ... masih terkial-kial mencari pengalaman.

Kami bergerak agak lewat (hampir masuk waktu zohor) ketika tayar mula bergolek dari DBP (sarang pertapaan Tok JKKK kami Rizan). Katika itu kami hanya berempat dan terus shot ke Saujana Kajang untuk menjemput Us Salam.

Us Salam ni memang hebat, sepejabat dengan aku.. dia istimewa sebab dia start ride terus ke 800cc tanpa pengalaman ride motor yang lebih kecil. Dia cepat belajar dan lebih gila-gila berbanding yang lain.. pernah ride ke Kelantan secara solo dan mencatat rekod catatan masa yang sukar untuk dipecahkan.. (Kuala Kerai - Gombak dalam masa 4 jam).

Kami sampai di rumah Pok Li lebih kurang pukul 3 ptg. Suasana kampung rumah Pok Li memang melegakan dan menyegarkan.. banyak kambing dan ayam hutan.



...yang pakai helmet ni lah Us Salam

bersantai di anjung rumah sambil menikmati pemandangan kandang kambing

Amboii!!.. kemain lg Tok JKKK kita senyum


kalau ada sape2 nak buat akikah bagitau Pok Li.. pasti bereh 

Udara dan suasana kampung yg nyaman serta diselang-seli dgn haruman kambing dari kandang berhampiran memang mendamaikan.. sedar tak sedar kami berada di rumah Pok Li hampir 3 jam. 

Selesai solat Asar berjemaah kami mula bergerak untuk pulang ke rumah masing-masing. Dalam perjalanan pulang sempat juga Tok JKKK ajak posing kat Ulu Bendul.. layan je lah..

Dari kiri: Madi, Tok JKKK Rizan, Nazri (Tuan Tanah) dan Apis

Tak puas gambar berempat gambar bertiga pulakk!!!

Tuan tanah diberi pos istimewa oleh Tok JKKK

Apis.. satu2nya ahli yg masih bujang trang tang tang..
Pantang cuti je nak ajak ride.. dia bolehla tak de sape nak larang

Perjalanan pulang diteruskan.. kami semua selamat sampai di rumah masing2 pada waktu malam dalam keadaan yang agak meletihkan tapi syok.. pada malamnya Tuan Tanah sambung lagi ke rumah terbuka Aidil Fitri jiran2 dan saudara mara.. ha ha ha

Jumpa lagi...


0 comments:

Post a Comment