Welcome to my blog... Please enjoy here!!!! & Leave your suggest to me, contact me.

zkm

zkm

Kawasaki Z800 Penang Ride 2013

Buat julung-julung kalinya Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd telah mengadakan satu konvoi yang hanya menghimpunkan satu jenis model sahaja iaitu Z800 pada 8 - 7 Julai 2013.

Seramai 120 orang pemilik Kawasaki Z800 telah turut serta dalam konvoi ini kebanyakannya pemilik dari sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, Perak, Melaka dan Pahang. RV point di KMSB Glenmarie Shah Alam lebih kurang jam 10:30 pagi. Sebelum itu, para peserta telah diberikan taklimat oleh ketua Marshall, ucapan alu-aluan oleh pihak pengurusan Kawasaki serta ucapan perasmian oleh Ketua Trafik Selangor DSP Tuan Azmi.

Para peserta juga telah diberi sarapan, sticker, t-shirt dan beberapa barangan lain oleh pihak penganjur. Jelas tergambar keceriaan di wajah setiap peserta yang majoritinya adalah 'orang baru'  dalam dunia bigbike.





Perjalanan konvoi yang mengandungi lebih 100 buah motosikal berkuasa tinggi memang kelihatan hebat dan mantap. Diiringi oleh beberapa orang marshall berpengalaman serta seorang anggota polis trafik Selangor menjadikan pergerakan konvoi ini begitu kemas dan teratur.

Laluan yang digunakan ialah lebuhraya utara selatan (PLUS), kami terus 'shot' ke RnR Tapah untuk berehat dan mengisi petrol. Dalam perjalanan ini kami dapati bahawa tangki Z800 ini agak kecil (17 liter) dan tak berapa sesuai untuk perjalanan yang jauh. Kita terpaksa banyak berhenti untuk mengisi minyak.

Speed kami sepanjang perjalanan di highway PLUS ialah antara 120 - 140km/j. Pada kelajuan ini enjin Z800 ini memang berada dalam keadaan santai.. tenang.. dan tidak dipaksa. Bagi yang baru2 berjinak dengan motorsikal berkuasa tinggi keadaan ini memang menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan. Kita akan berasa amat teruja untuk bermain dengan kuasa yang dimiliki oleh enjin 4 lejang 4 silinder ini dan apa yg paling best ialah bermain dengan kuasa tork nya (sebanyak 83Nm), dengan kuasa tork sebanyak ini kita boleh melonjakkan kelajuan motor ini dalam masa yang begitu singkat ( 0 - 100km/j dalam masa 2.3saat). Sebelum ni tuan tanah guna super kips yang hanya mempunyai kuasa tork sebanyak 19Nm.. memang terasa kejutan budaya bila menunggang Z800 berbanding super kips.

Poin rehat yang seterusnya ialah taman Tasik Taiping. Kami dibawa bersiar-siar mengelilingi sekitar tasik yang agak luas juga kawasannya. Deruman enjin 4 inline ditambah pula dengan penambahan aksesori 'after market exhaust' menyebabkan keseluruhan kawasan taman bergegar dengan deruman merdu bunyi enjin Z800 ini. Semua mata pasti akan memandang ke arah gerombolan seladang2 ini. Antara kelebihan model Z800 ni ialah pada bunyinya dan tidak dinafikan ramai yang memilih untuk membeli model ini ialah kerana bunyinya.. ia mudah untuk diubahsuai supaya lebih mengancam bunyinya berbanding model2 lain yang menggunakan enjin 2 inline seperti er6 dan Versys 650.

mengisi petrol di RnR Tapah.





Perjalanan diteruskan lagi, kami terus menuju ke Pulau Pinang. Kami sampai di Hotel Seri Malaysia lebih kurang jam 5:00 petang... check-in dan terus menuju ke bilik untuk berehat. Ini adalah pengalaman pertama konvoi bermotorsikal berkuasa tinggi secara beramai-ramai. Letih tapi berbaloi.


sempat lagi Tok JKKK berposing.. pantang ada kesempatan!!

Sebelah malamnya kami di bawa makan di sebuah restoran tepi laut untuk menjamu selera 'seafood' yang memang power! tajaan Kawasaki Motors Sdn Bhd. Sungguh banyak dan lazat hidangannya sehingga kami tak terlarat nak menghabiskannya.. mujurlah hampir satu hari kami tak menjamah nasi.. jadi habis licin juga makanan di meja kami bedal. Tok JKKK, Pok Li, Zul, Us Salam dan tuan tanah memang tak terdaya lagi menahan kelaparan.

Tengokla tu Pok Li begitu bersungguh-sungguh bersyukur kepada Ilahi kerana telah memberi 
rezeki yang lazat pada malam itu... Alhamdulillah

Keesokan harinya, kami dibawa pula bersiar-siar sekeliling Pulau Pinang dan sempat menikmati buah-buahan tempatan termasuklah raja buah durian. 




Jam 3 petang kami mula beredar meninggalkan Hotel Seri Malaysia untuk pulang menuju ke Shah Alam. Ketika pulang kami hanya berhenti di dua tempat rehat sahaja untuk mengisi petrol. 

Secara keseluruhannya konvoi ini memang amat berjaya dan teratur walaupun berlaku beberapa kemalangan kecil. Tahniah kepada Kawasaki Motors Sdn Bhd. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.


0 comments:

Post a Comment